kecantikan seorang perempuan bukan sekadar terletak pada luarannya,
kecantikan seorang perempuan yang sebenar terletak dalam diri perempuan itu sendiri,
perempuan yang sedar akan kecantikan dirinya akan menghormati dirinya,
perempuan yang menghormati dirinya akan peroleh kecantikan sejati,
kecantikan seorang perempuan itu bukan dicipta untuk semua lelaki,
kecantikan seorang perempuan hanya dicipta untuk lelaki yang halal untuknya,
dan lelaki yang halal akan menghormati dirinya sebagai seorang perempuan,
kerana lelaki yang halal akan tetap hormat dan memuji walaupun tiada lagi dirinya.
dan itulah kecantikan yang abadi bagi seorang perempuan.
dan..
aku akan tetap menghormati dan memuji seorang perempuan yang aku panggil sebagai...
"Emak.."
kerana dia seorang yang indah,
hanya aku dan mereka sahaja yang tahu,
kerana dia diciptakan untuk kami,
dan kecantikannya diciptakan hanyalah untuk kami,
bukan untuk semua, kerana dia istimewa..
Segala puji bagi Allah kerana pernah memberi ku nikmat seorang perempuan bergelar Emak...
and
"My Mum Is Amazing"
No comments:
Post a Comment